Yamaguchi mara ke separuh akhir All England

Pemain perseorangan wanita Jepun, Akane Yamaguchi / REUTERS

BIRMINGHAM, 7 Mac – Juara dunia tiga kali dari Jepun, Akane Yamaguchi mara ke separuh akhir kejohanan terbuka All England selepas bangkit daripada kekalahan untuk menewaskan pemain Denmark, Line Christophersen dalam perlawanan tiga set, 21-13, 17-21 dan 10-21

RINGKASAN BERITA AI
  • Yamaguchi melakukan kesilapan awal; pukulannya tersangkut di jaring pada set pertama.
  • Dia bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk memaksa perlawanan ke set penentuan.
  • Dalam set penentuan Yamaguchi mendominasi sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir, akan berdepan Wang Zhi Yi.
  • Lakshya Sen menewaskan Li Shi Feng 21-13, 21-16 dan akan bertemu wakil Kanada, Victor Lai.

Yamaguchi terlebih dahulu tewas mudah dalam set pertama selepas melakukan kesilapan apabila pukulan balasnya tersangkut di jaring.

Namun pemain Jepun itu bangkit pada set kedua dengan aksi lebih kemas untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set ketiga, Yamaguchi mendominasi permainan sebelum menang mudah 21-10 sekali gus mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Beliau dijadual berdepan pemain nombor dua dunia dari China, Wang Zhi Yi.

Sementara itu dalam aksi suku akhir perseorangan lelaki, pemain India, Lakshya Sen menyingkirkan pilihan keenam dari China, Li Shi Feng dengan kemenangan straight set 21-13, 21-16.

Lakshya bakal bertemu wakil Kanada, Victor Lai yang menewaskan pemain Jepun, Koki Watanabe.

Dalam acara beregu, pasangan Indonesia, Raymond Indra dan Nikolaus Joaquin mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan ketiga dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan keputusan 21-18, 21-12. – REUTERS