World Taekwondo benar atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa

 

RINGKASAN BERITA AI
  • World Taekwondo membenarkan atlet junior dan senior Rusia serta Belarus bertanding di kejohanan antarabangsa bawah bendera kebangsaan.
  • Sekatan tertentu dikekalkan, termasuk larangan Rusia menganjurkan acara antarabangsa dan tiada akreditasi untuk pegawai kerajaan.
  • Keputusan diselaraskan dengan IOC, termasuk kelonggaran untuk atlet muda menyertai acara antarabangsa seperti Sukan Olimpik Remaja.
Foto hiasan / REUTERS

SEOUL, 1 Februari- Badan dunia bagi taekwondo memutuskan untuk membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding dalam kejohanan antarabangsa, menurut laman web organisasi itu pada Ahad, selaras dengan keputusan sama oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), lapor Agensi Berita Yonhap.

World Taekwondo (WT) membuat pengumuman itu selepas mesyuarat majlis luar biasa di Emiriah Arab Bersatu, dengan menyatakan atlet junior dan senior dari kedua-dua negara itu akan dibenarkan bertanding di bawah bendera kebangsaan masing-masing.

Organisasi itu berkata sekatan sedia ada akan kekal, termasuk larangan ke atas Rusia daripada menganjurkan acara sukan antarabangsa serta tiada akreditasi akan diberikan kepada pegawai kerajaan mereka.

Keputusan itu dibuat selaras dengan keputusan IOC yang membenarkan atlet muda Rusia dan Belarus untuk menyertai Sukan Olimpik Remaja Dakar 2024 di bawah bendera kebangsaan mereka, menurut WT.- BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan