Turkiye layak ke Piala Dunia 2026 selepas tewaskan Kosovo

Pemain pasukan Turkiye meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia buat kali ketiga/ AFP

PRISTINA, 1 April -Turkiye mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kosovo dalam aksi final play-off Eropah di sini, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerem Akturkoglu menjaringkan gol pada minit ke-53 hasil tolak masuk selepas percubaan Orkun Kokcu.
  • Gol itu memusnahkan impian Kosovo untuk muncul buat kali pertama di pentas Piala Dunia.
  • Turkiye kembali ke Piala Dunia buat pertama sejak 2002 dan mencatat penampilan ketiga negara itu.
  • Turkiye dimasukkan Kumpulan D bersama Amerika Syarikat, Paraguay dan Australia, bakal buka kempen menentang Australia di Vancouver.

Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-53 menerusi Kerem Akturkoglu yang menolak masuk percubaan Orkun Kokcu, sekali gus memusnahkan impian Kosovo untuk membuat penampilan sulung di pentas Piala Dunia.

Kejayaan berkenaan menyaksikan Turkiye kembali ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 2002 sekali gus merupakan penampilan ketiga negara itu di kancah saingan Piala Dunia.

Pasukan kendalian Vincenzo Montella itu akan beraksi dalam Kumpulan D bersama Amerika Syarikat, Paraguay dan Australia, dengan aksi pembukaan menentang Australia di Vancouver pada 13 Jun. – AFP