TSG sasar dua podium, tiga jersi di Jelajah Sharjah

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus/BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 22 Januari– Pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG) menyasarkan dua podium dan tiga jersi pada Tour of Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Januari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • TSG menyasarkan dua podium di Tour of Sharjah bagi mempertingkat pencapaian berbanding tahun lalu.
  • Pasukan mensasarkan memenangi tiga jersi sepanjang lima peringkat sejauh 502.96 kilometer.
  • Enam pelumba utama diumumkan untuk cabaran UCI 2.2, termasuk nama tempatan dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata sebanyak enam pelumba akan menggalas cabaran di perlumbaan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu.

Beliau berkata mereka terdiri daripada Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff, Nur Amirul Fakhruddin, Muhammad Shahmir Aiman Abd Halim, Adne Van Engelen, Vadim Pronskiy dan Pierre Barbier.

“Pada tahun lepas, TSG telah berjaya memenangi peringkat ketiga dan keempat di perlumbaan sama.

“Oleh itu, tahun ini kita berharap dapat mencatat pencapaian lebih cemerlang dengan memenangi tiga jersi dan dua podium,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata para pelumba akan mengharungi lima peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 502.96 kilometer.

TSG dibarisi 15 pelumba termasuk lima tonggak baharu, antaranya dari Britain, Sepanyol, Belanda dan Australia bagi menghadapi pelbagai saingan musim ini. -BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan