Terbuka Indian Wells: Swiatek mudah lolos ke suku akhir

Swiatek berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menjinakkan Muchova / AFP

INDIAN WELLS, 12 Mac – Pemain nombor dua dunia, Iga Swiatek mempamerkan aksi luar biasa untuk mara ke suku akhir Terbuka Indian Wells selepas menumpaskan pilihan ke-13, Karolina Muchova awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Swiatek menewaskan Muchova 6-2, 6-0 dengan kemenangan mudah tanpa mengambil masa lama.
  • Beliau mendominasi permainan, memenangi 10 perlawanan berturut-turut dan mencatat kemenangan kelima ke atas Muchova.
  • Jessica Pegula layak ke suku akhir selepas menewaskan Belinda Bencic 6-3, 7-6(5), menghidupkan harapan tuan rumah.

Dalam aksi yang berlangsung di California itu, bintang tenis Poland tersebut tidak memerlukan masa yang lama untuk mencatat kemenangan mudah 6-2, 6-0.

Kemenangan itu menyaksikan Swiatek mendominasi sepenuhnya permainan dengan memenangi 10 perlawanan berturut-turut, sekali gus merekodkan kemenangan kelimanya ke atas Muchova.

Tahun lalu, Swiatek turut menyingkirkan lawan yang sama juga di peringkat 16 terakhir kejohanan ini.

Pegula dipaksa bekerja keras sebelum layak ke suku akhir / AFP

Sementara itu, pilihan kelima dari Amerika Syarikat, Jessica Pegula turut mengesahkan tempat di pusingan lapan terbaik.

Pegula berjaya menewaskan pilihan ke-12 dari Switzerland, Belinda Bencic dalam aksi sengit yang berakhir dengan keputusan 6-3, 7-6 (5).

Kemenangan Pegula itu menghidupkan peluang tuan rumah untuk melihat wakil mereka menjulang trofi di laman sendiri tahun ini.-REUTERS