Terbuka Hylo: Tiga beregu lelaki utama negara melangkah ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR, 29 Oktober– Dua beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke pusingan kedua Terbuka Hylo selepas menewaskan lawan masing-masing di Saarbrucken, Jerman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Alex Green-Zach Russ 25-23, 21-14 untuk mara ke pusingan kedua.
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, pilihan kedua, menundukkan Alexander Dunn-Adam Pringle 21-17, 22-20.
  • Man Wei Chong-Tee Kai Wun menang sengit ke atas Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi dalam tiga set.
  • Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tersingkir selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana.

Aaron-Woi Yik yang turun selaku pilihan pertama dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pasangan dari England, Alex Green-Zach Russ, 25-23, 21-14.

Manakala, gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin yang juga pilihan kedua kejohanan menundukkan beregu Scotland, Alexander Dunn-Adam Pringle, 21-17, 22-20.

Terdahulu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengalahkan rakan senegara, Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi dalam aksi pembukaan yang sengit.

Beregu nombor lima dunia itu mempamer ketahanan mental dan ketenangan permainan untuk mencatat kemenangan 21-16, 19-21, 21-16 dalam pertarungan selama 53 minit.

Kejayaan mereka hadir ketika satu lagi pasangan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tersingkir selepas tewas 16-21, 17-21 kepada beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana.