Terbuka Australia: Rybakina balas dendam, rangkul gelaran sulung

Pemain elit dunia Elena Rybakina dari Kazakhstan bergambar bersama trofi selepas menjuarai perseorangan wanita Terbuka Australia selepas menewaskan Aryna Sabalenka di Melbourne Park, Melbourne/Foto REUTERS

MELBOURNE, 31 Januari – Pemain tenis profesional Kazakhstan, Elena Rybakina, muncul juara Terbuka Australia selepas menewaskan pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka, 6-4, 4-6, 6-4 pada perlawanan akhir di Melbourne Park, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rybakina balas kekalahan pada final 2023 dengan menewaskan Sabalenka di perlawanan terakhir.
  • Gelaran sulung Terbuka Australia dan Grand Slam kedua dalam kariernya selepas Wimbledon 2022.
  • Menang dengan aksi konsisten, memuktamadkan kemenangan melalui ace pada set penentuan.
  • Julang Piala Daphne Akhurst Memorial dan kukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain terbaik dunia.

Kemenangan itu membolehkan pemain elit dunia itu membalas kekalahan kepada Sabalenka pada final 2023 di venue sama, sekali gus merangkul gelaran sulung Terbuka Australia dan gelaran Grand Slam kedua dalam kariernya selepas Wimbledon 2022.

Pemain pilihan kelima itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan sebelum menoktahkan kemenangan dengan satu ace kencang pada set penentuan.

“Sukar untuk saya mencari kata-kata ketika ini, tetapi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Aryna atas pencapaiannya. Saya harap kami akan bertemu lagi di perlawanan akhir akan datang,” kata Rybakina.

Sabalenka yang memburu kejuaraan ketiga berturut-turut Terbuka Australia terpaksa akur, namun memuji prestasi lawannya dan sokongan padu penonton.

Kejayaan itu turut menyaksikan Rybakina menjulang Piala Daphne Akhurst Memorial, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain terbaik dunia ketika ini. – REUTERS

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan