
KUALA LUMPUR, 31 Januari- Pasukan skuad ragbi lelaki negara menampilkan aksi sukar ditandingi apabila menjuarai Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara (SEA 7s) 2026 selepas menewaskan Thailand 10-5 di pentas akhir hari ini.
- Skuad ragbi lelaki menjuarai SEA 7s 2026 selepas menewaskan Thailand 10-5 di perlawanan akhir.
- Pasukan mempamerkan taktikal mantap dan serangan pantas yang menyulitkan pertahanan lawan.
- Ketua jurulatih Nik Safuan puji komitmen pemain walaupun tempoh latihan terhad.
- Pasukan lelaki dominan di peringkat kumpulan dengan beberapa kemenangan besar.
Sepanjang perlawanan pasukan negara mempamerkan gabungan taktikal mantap dan serangan pantas yang menyulitkan barisan pertahanan Thailand, sekali gus memastikan kemenangan bergaya.
Ketua jurulatihnya, Nik Safuan Ismade Nik Man menyatakan rasa berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan serta semangat juang yang ditampilkan oleh anak buahnya.
“Alhamdulillah kita berjaya menjuarai kejohanan kali ini, apa-apa pun kredit kepada semua pemain yang telah banyak memberikan komitmen pada latihan walaupun tidak seberapa panjang tetapi komitmen yang diberikan amat memberangsangkan dan mereka telah menunjukan potensi sebenar pasukan bunga raya seven” katanya kepada RTM hari ini.
Dalam aksi peringkat kumpulan, pasukan lelaki terus mendominasi dengan kemenangan besar ke atas Kemboja 66-0, Brunei 57-7 dan Singapura 38-0, menonjolkan keupayaan mereka untuk mengawal permainan dari awal hingga akhir.
Sementara itu, pasukan wanita terpaksa berpuashati berada ditempat kedua apabila tewas kepada Thailand 0-41.
Namun sebelum itu pasukan wanita negara menewaskan Singapura 26-19 dan Laos 26-14, memberi pengalaman berharga menghadapi pasukan lebih berpengalaman.
Kejayaan ini menandakan prestasi cemerlang pasukan lelaki Malaysia di SEA 7s 2026, manakala pasukan wanita terus memperkukuh pengalaman untuk menghadapi pertandingan antarabangsa akan datang.