Sivasangari kuasai Terbuka Australia

Tiga sandaran utama negara di Terbuka Australia/ Foto Bernama

BRISBANE, 11 Mac – Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Terbuka Australia 2026 selepas menewaskan wakil England, Grace Gear di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mencatat kemenangan straight set 11-4, 11-3, 11-7 dalam 24 minit pada pusingan kedua di South Bank Piazza.
  • Akan bertemu rakan senegara Aira Azman bagi merebut tempat ke separuh akhir.
  • Aira Azman, pilihan keenam, menewaskan Tomato Ho 11-4, 12-10, 8-11, 5-11, 11-6 dalam 44 minit.
  • Aifa Azman mara ke suku akhir selepas menundukkan Marie Stephan 11-9, 11-9, 11-4 dalam 31 minit; akan menentang Nele Gilis.

Pilihan utama kejohanan itu hanya memerlukan 24 minit untuk mencatat kemenangan straight set 11-4, 11-3, 11-7 pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di South Bank Piazza.

Sivasangari, yang juga pemain nombor enam dunia, akan berdepan rakan senegara, Aira Azman, bagi merebut tempat ke separuh akhir.

Aira pula yang merupakan pilihan keenam kejohanan, mara selepas menewaskan pemain Hong Kong, Tomato Ho, 11-4, 12-10, 8-11, 5-11, 11-6 dalam pertarungan selama 44 minit.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Aifa Azman, turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan pemain Perancis, Marie Stephan, 11-9, 11-9, 11-4 dalam masa 31 minit.

Aifa dijadual menentang wakil Belgium, Nele Gilis, yang sebelum itu menewaskan pemain Korea Selatan, Ka Yi Lee, 11-6, 11-9, 11-6.