Sinner rampas takhta nombor satu dunia, juara Monte Carlo Masters

Jannik Sinner/REUTERS

ROQUEBRUNE-CAP-MARTIN, 13 April– Pemain Itali, Jannik Sinner berjaya merampas gelaran juara daripada penyandang, Carlos Alcaraz, untuk bergelar juara Monte Carlo Masters, pada Ahad (12 April).

RINGKASAN BERITA AI
  • Menang 7-6, 6-3 di final, meraih gelaran Masters tanah liat pertama dan kembali ke kedudukan nombor satu dunia.
  • Jadi pemain kedua memenangi Sunshine Double dan Monte Carlo dalam musim sama selepas Novak Djokovic pada 2015.
  • Menandakan gelaran Masters 1000 keempat berturut-turut dan Masters kelapan dalam kerjayanya.

Sinner mencatatkan kemenangan 7-6, 6-3 dalam aksi akhir tersebut, sekali gus merangkul gelaran Masters pertama di gelanggang tanah liat dan merampas kembali kedudukan ranking nombor satu dunia daripada Alcaraz.

Kejayaan itu meletakkan beliau sebagai pemain kedua dalam sejarah yang memenangi ‘Sunshine Double’ dan Monte Carlo dalam musim yang sama, selepas rekod yang dicipta Novak Djokovic pada 2015.

Kemenangan berkenaan turut menandakan kejuaraan Masters 1000 keempat berturut-turut buat Sinner selepas menjuarai kejohanan di Paris, Indian Wells dan Miami, selain merupakan gelaran Masters kelapan dalam kerjayanya.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama buat kedua-dua pemain selepas hampir lima bulan, sejak Sinner menewaskan Alcaraz dalam aksi akhir Jelajah ATP yang lalu. -REUTERS