
AL HOFUF, 15 Februari – Cristiano Ronaldo menjaringkan gol sekembalinya ke padang ketika Al Nassr menewaskan Al Fateh 2-0 pada aksi Liga Pro Arab Saudi, malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Cristiano Ronaldo kembali beraksi dan menjaringkan gol pada minit ke-18 selepas ketiadaan beberapa perlawanan.
- Al Nassr menggandakan kelebihan melalui jaringan Ayman Yahya pada lewat babak kedua.
- Kemenangan 2-0 memastikan tiga mata penuh dan prestasi konsisten pasukan di tempat lawan.
- Al Nassr kini mengumpul 52 mata, hanya satu mata di belakang pendahulu liga Al Hilal.
Ronaldo yang terlepas beberapa perlawanan sebelum ini kembali memperkuatkan pasukan dan membuka jaringan seawal minit ke-18.
Al Nassr kemudian menggandakan kelebihan menerusi jaringan Ayman Yahya pada lewat babak kedua bagi memastikan tiga mata penuh di tempat lawan.
Kemenangan itu menyaksikan Al Nassr mengumpul 52 mata selepas 21 perlawanan, sekali gus merapatkan jurang kepada satu mata di belakang pendahulu liga, Al Hilal.
Persaingan kejuaraan liga kini semakin sengit dengan baki saingan musim yang masih panjang. -REUTERS