Rayo belasah Atletico 3-0

Pemain Rayo Vallecano meraikan kemenangan 3-0 ke atas Atletico Madrid. Foto/AFP

MADRID, 16 Februari – Selepas menewaskan Barcelona 4-0 minggu lalu pada aksi Copa del Rey, Atletico Madrid gagal mengekalkan prestasi apabila dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Rayo Vallecano pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rayo menang 3-0 ke atas Atletico melalui gol Fran Perez, Oscar Valentin dan Nobel Mendy.
  • Oblak gagal mengendalikan bola menyebabkan gol kedua Rayo pada separuh masa pertama.
  • Kemenangan mengangkat Rayo ke tangga ke-16 dengan 25 mata, keluar dari zon penyingkiran.

Kekalahan dalam saingan La Liga itu menyaksikan skuad bimbingan Diego Simeone berkenaan gagal memintas Villareal yang berada di kedudukan ketiga selepas berkongsi 45 mata.

Dalam aksi tersebut, gol pertama dicetak penyerang, Fran Perez pada minit ke-40 selepas menerima umpanan Andrei Ratiu.

Rayo menggandakan gol selang lima minit kemudian menerusi Oscar Valentin hasil bola muntah yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Jab Oblak.

Gol ketiga Rayo diraih menerusi tandukan yang disempurnakan pemain pertahanan, Nobel Mendy pada minit ke-76.

Kemenangan itu membolehkan Rayo terkeluar dari zon penyingkiran liga untuk berada di kedudukan ke-16 dengan 25 mata.