Raphinha ‘berehat’ seminggu cedera kaki kanan

Raphinha menjaringkan gol ketiga Barcelona menerusi sepakan penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang FC Copenhagen di Camp Nou/Foto REUTERS

 

RINGKASAN BERITA AI
  • Raphinha berehat seminggu akibat kecederaan lebihan beban pada otot aduktor kanan.
  • Dia dikeluarkan pada waktu rehat ketika perlawanan menentang Elche.
  • Akan terlepas aksi suku akhir Copa del Rey menentang Albacete.
  • Musim ini Raphinha telah menjaringkan lapan gol dan tiga bantuan jaringan.

BARCELONA, 2 Februari – Penyerang Barcelona, Raphinha, terpaksa berehat selama seminggu selepas mengalami kecederaan kaki kanan, menurut kenyataan kelab itu, hari ini.

Pemain Brazil berusia 29 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada waktu rehat ketika Barcelona mencatat kemenangan 3-1 ke atas Elche, Sabtu lalu.

Raphinha mengalami masalah lebihan beban pada otot aduktor kaki kanan dan dijangka pulih dalam tempoh seminggu.

Susulan kecederaan itu, Raphinha akan terlepas aksi suku akhir Copa del Rey menentang Albacete, awal pagi Selasa ini.

Sebelum ini, Raphinha terlepas hampir dua bulan aksi selepas mengalami kecederaan hamstring pada September lalu.

Setakat musim ini, beliau telah menjaringkan lapan gol dan mencatat tiga bantuan jaringan.

Barcelona kini mendahului carta LaLiga, satu mata di hadapan pencabar terdekat, Real Madrid, dalam usaha memburu kejuaraan liga ketiga dalam tempoh empat musim. – REUTERS

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan