
MILAN, 7 Februari – Rakyat Itali melahirkan rasa teruja dan bangga apabila temasya Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 membuka tirainya dengan dua obor rasmi dinyalakan di Milan dan Cortina d’Ampezzo.
- Itali berbangga menjadi tuan rumah dan teruja menyambut pembukaan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026.
- Upacara unik menampilkan nyalaan obor rasmi di dua bandar tuan rumah, Milan dan Cortina d'Ampezzo.
- Legenda Alberto Tomba, Deborah Compagnoni dan Sofia Goggia diberi penghormatan menyalakan obor rasmi.
- Obor dipasang pada struktur aluminium aeronautik canggih dengan 244 titik artikulasi dan lebih 1,400 komponen.
Ia menandakan kali pertama dalam sejarah temasya itu dimulakan dengan nyalaan obor di dua bandar tuan rumah.
Legenda ski Alpine Itali, Alberto Tomba dan Deborah Compagnoni diberi penghormatan menyalakan obor di Milan, manakala pemenang emas Pyeongchang 2018, Sofia Goggia, menyempurnakan upacara di Cortina ketika beliau memburu satu lagi pingat dalam temasya kali ini.
Obor itu ditempatkan di tengah struktur yang diperbuat daripada aluminium aeronautik dan dilengkapi sistem mekanikal canggih dengan 244 titik artikulasi serta lebih 1,400 komponen, membolehkannya dibuka dan ditutup secara automatik.
Diameternya mencecah 3.1 meter ketika ditutup dan 4.5 meter apabila dibuka sepenuhnya dengan nyalaan obor dilindungi bekas kaca dan logam. -REUTERS