PESAKA diseru perkasa silat ke peringkat Olimpik – TPM Zahid

NILAI, 25 Oktober – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bekerjasama dengan 91 negara yang mempunyai persatuan silat bagi mempromosikan seni mempertahankan diri itu supaya diiktiraf sebagai acara rasmi dalam temasya Sukan Olimpik pada masa hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • TPM menyeru PESAKA bekerjasama dengan 91 negara bagi mempromosi silat ke peringkat Olimpik.
  • Keyakinan silat boleh diangkat ke IOC melalui usaha bersepadu antara presiden persatuan antarabangsa.
  • Sokongan presiden PESAKA dan Presiden Prabowo dianggap penting dalam usaha pengiktirafan Olimpik.
  • Matlamat: menambah bilangan negara berpersatuan silat sehingga menyamai tiga perempat negara dunia.
  • Penyertaan dan pengorganisasian peringkat benua dianggap kunci untuk pengiktirafan sukan ini.

Beliau yakin, dengan usaha bersepadu antara Presiden Indonesia yang juga Presiden Persekutuan Silat Antarabangsa, serta presiden persatuan silat dari pelbagai benua, perkara tersebut boleh dibawa ke Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dipertimbangkan.

2510 N9 ZAHID SILAT KE OLIMPIK 2Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/RTM

“Silat perlu mendapat pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Dunia. Saya yakin, kerana setiap benua kini sudah mempunyai persatuan silat dan juga persekutuan di peringkat benua masing-masing.

“Jika jumlah negara yang mempunyai persatuan silat dapat ditambah kepada tiga perempat daripada negara di dunia, saya yakin satu hari nanti silat akan menjadi acara rasmi di Sukan Olimpik. Tanggungjawab ini saya letakkan kepada Presiden PESAKA dan juga Presiden Prabowo,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Himpunan Silat Negara 2025 di sini, hari ini.

Setakat ini, terdapat 414 persatuan silat berdaftar di seluruh negara yang aktif dalam pelbagai peringkat pertandingan dan latihan.