Persiapan akhir Verona menjelang majlis perasmian Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026

Majlis perasmian temasya Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026 akan berlangsung awal pagi Sabtu waktu Malaysia – Reuters

VERONA, 6 Mac 2026 – Menjelang majlis perasmian Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2026, venue perasmian di Verona kini sudah bersedia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lapan negara umum boikot majlis perasmian kerana penyertaan atlet Rusia bertanding di bawah bendera kebangsaan.
  • Negara bertindak boikot: Republik Czech, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland, Belanda dan Ukraine.
  • Gangguan perjalanan dijangka susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, mungkin menyebabkan delegasi terlepas acara.
  • IPC amaran penutupan ruang udara boleh menjejaskan ketibaan; badan itu enggan mengulas status lebih 50 delegasi kebangsaan lain.

Majlis perasmian akan diadakan di arena Rom purba Verona, yang terletak kira-kira 170 kilometer (km) dari Milan pada pukul 8 malam waktu tempatan (3 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Bagaimanapun, lapan negara mengumumkan untuk memboikot majlis perasmian berikutan penyertaan atlet Rusia yang bertanding di bawah bendera kebangsaan mereka.

Selain itu, lebih banyak delegasi mungkin terlepas acara berikutan gangguan perjalanan akibat serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran.

Lapan negara mengumumkan untuk memboikot majlis perasmian – AFP

Negara yang merancang untuk tidak hadir termasuk Republik Czech, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland, Belanda dan Ukraine.

Persatuan Paralimpik Antarabangsa (IPC) memaklumkan, penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat boleh menjejaskan ketibaan pihak berkepentingan, tetapi enggan mengulas mengenai status lebih 50 delegasi kebangsaan lain.

Sukan Paralimpik Musim Sejuk Milano-Cortina 2026 akan berlangsung dari 6 hingga 15 Mac ini – Reuters