
KUALA LUMPUR, 15 Februari – Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharu rekod kebangsaan acara 200 meter (m) pada kejohanan jemputan Tiger Paw, semalam.
- Muhammad Azeem memecah rekod kebangsaan 200m dengan catatan 21.20s di kejohanan Tiger Paw, Clemson, Carolina Utara.
- Catatan baharu itu menambah baik rekod peribadi dan kebangsaan sebelumnya 21.50s dicatatkan pada Januari.
- Di kejohanan sama, Azeem juga beraksi dalam 60m namun terlepas final selepas berada di tempat kesembilan dengan 6.65s.
Atlet berusia 21 tahun yang digelar ‘Usain Bolt Malaysia’ itu mencatatkan 21.20 saat (s) untuk memadam rekod 21.50s miliknya yang dilakukan pada Januari lepas.
Catatan itu menyaksikan Muhammad Azeem menamatkan saingan di tempat ke-21 daripada 48 pelari dalam kejohanan berlangsung di Kompleks Balapan dan Padang Tertutup Clemson di Clemson, Carolina Utara.
Muhammad Azeem merekodkan 21.50s pada kejohanan jemputan Bob Pollock di Clemson, memadam rekod terdahulu 22.86s milik Timothy Tan di Manchester Indoor Meet 2019.
Pada Jumaat lepas, Muhammad Azeem terlepas peluang ke final selepas menamatkan saingan separuh akhir acara 60m di tempat kesembilan dengan catatan 6.65s. -BERNAMA