
AUSTIN, 29 Mac – Pelumba Aprilia, Jorge Martin memenangi perlumbaan pecut MotoGP Amerika Syarikat yang berlangsung di Circuit of the Americas pada Sabtu.
Martin memintas Francesco Bagnaia pada pusingan terakhir sekali gus merampas kedudukan pendahulu kejuaraan MotoGP.
Dia menamatkan perlumbaan dalam masa 20 minit 19.546 saat.
Sementara itu, rakan sepasukan yang juga pendahulu kejuaraan Marco Bezzecchi terjatuh dan gagal menamatkan perlumbaan.
Nasib malang turut menimpa juara bertahan, Marc Marquez yang turut terjatuh ketika perlumbaan.
Dalam pada itu, dalam kelayakan Moto2, David Alonso meraih posisi “pole”, manakala di Moto3, Alvaro Carpe akan memulakan perlumbaan di petak utama. – REUTERS