Mertens dan Zhang raih Grand Slam di Terbuka Australia

Elise Mertens (Belgium) dan rakan sepasangannya, Zhang Shuai (China), memegang trofi selepas menjuarai perlawanan akhir/ Foto AFP

MELBOURNE, 31 Januari – Pemain tenis Belgium, Elise Mertens, bersama rakan sepasangannya dari China, Zhang Shuai, muncul juara beregu wanita Terbuka Australia 2026 selepas menewaskan Anna Danilina (Kazakhstan) dan Aleksandra Krunic (Serbia) dalam perlawanan akhir di Rod Laver Arena pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Elise Mertens dan Zhang Shuai menjuarai beregu wanita Terbuka Australia 2026 menewaskan Anna Danilina dan Aleksandra Krunic.
  • Kemenangan 7-6 (7/4), 6-4 itu dicapai selepas mereka hanya berpasangan dalam tujuh kejohanan.
  • Mertens akan kembali ke tangga nombor satu dunia beregu wanita selepas gelaran ini.

Sebagai pilihan ke-4, Mertens dan Zhang, yang baru bertanding bersama dalam tujuh kejohanan sahaja, menunjukkan persembahan cemerlang untuk menundukkan pasangan pilihan ke-7 itu dengan keputusan 7-6 (7/4), 6-4.

Dengan kemenangan ini, Mertens, yang kini menduduki ranking keenam dunia, akan kembali mengungguli ranking nombor satu dunia dalam beregu wanita.

Bagi Mertens, ini merupakan gelaran Terbuka Australia beregu wanita ketiganya, setelah memenangi kejohanan pada 2021 bersama Aryna Sabalenka (Belarus) dan 2024 bersama Hsieh Su-wei (Taiwan).

Sementara itu, Zhang pula pernah menjuarai kejohanan ini pada 2019 bersama Samantha Stosur (Australia).- AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan