Liverpool pintas Chelsea, ikat pertahanan Rennes

Penyerang AS Monaco, Folarin Balogun (kiri), bersaing merebut bola dengan pertahanan Rennes, Jeremy Jacquet, dalam aksi Ligue 1 di Stadium Louis II/Foto AFP

LIVERPOOL, 2 Februari – Liverpool memintas Chelsea untuk mendapatkan khidmat pertahanan Rennes, Jeremy Jacquet, dengan nilai perpindahan sehingga £60 juta (kira-kira RM360 juta).

RINGKASAN BERITA AI
  • Liverpool berjaya mendapatkan Jeremy Jacquet daripada Rennes dengan nilai perpindahan sehingga £60 juta.
  • Jacquet akan menyertai Liverpool pada penghujung musim dan sebelum ini tidak berminat ke Chelsea.
  • Perpindahan untuk menguatkan pertahanan akibat kecederaan Gomez dan Leoni, tinggikan pilihan pertahanan tengah.

Bagaimanapun, pemain berusia 20 tahun itu hanya akan menyertai Liverpool pada penghujung musim ini.

Jacquet sebelum ini dikaitkan dengan Chelsea, namun dilaporkan tidak berminat kerana persaingan sengit di posisi pertahanan tengah kelab London itu.

Liverpool ketika ini berdepan kekurangan pemain pertahanan apabila hanya Virgil van Dijk dan Ibrahima Konate menjadi pilihan, selepas Joe Gomez dan Giovanni Leoni mengalami kecederaan.

Jacquet setakat ini membuat 31 penampilan bersama Rennes sejak musim lalu.

Liverpool dilaporkan akan membayar £55 juta (kira-kira RM330 juta) sebagai bayaran awal, dengan tambahan £5 juta (RM30 juta) tertakluk kepada insentif prestasi. – AFP

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan