Liga Pro Saudi: Neves muncul wira, Al Hilal bangkit tewaskan Neom 2-1

Aksi Ruben Neves ketika meledak gol ke-2 buat Al Hilal menerusi sepakan penalti / REUTERS

RIYADH, 19 Januari -Sepakan penalti Ruben Neves menjadi pemisah apabila Al Hilal bangkit menewaskan Neom SC 2-1 dalam aksi Liga Pro Saudi, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Neom membuka jaringan awal menerusi tandukan Mohammed Al-Burayk hasil hantaran Said Benrahma.
  • Hassan Tambakti menjaringkan gol penyamaan dari sepakan sudut Ruben Neves pada separuh masa kedua.
  • Tambakti dilanggar dalam kotak penalti; Neves tenang menyempurnakan penalti ke penjuru kanan.
  • Al Hilal meraih kemenangan liga ke-12 berturut-turut dan kukuh di puncak Liga Pro Saudi.

Neom terlebih dahulu membuka jaringan pada separuh masa pertama menerusi tandukan Mohammed Al-Burayk, hasil hantaran lintang Said Benrahma dari sebelah kiri.

Al Hilal bangkit sejurus separuh masa kedua bermula apabila sepakan sudut Neves ditanduk masuk oleh Hassan Tambakti untuk menyamakan kedudukan.

Pasukan pelawat hampir mendahului perlawanan selepas itu, namun percubaan Theo Hernandez sekadar menggegarkan palang gol.

Detik penentuan hadir apabila Tambakti dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Faris Abdi, sekali gus menghadiahkan sepakan penalti kepada Al Hilal.

Neves tenang menyempurnakan sepakan ke penjuru kanan gawang gol bagi memastikan kemenangan 2-1 dan membawa pulang tiga mata penuh.

Kemenangan itu merupakan kemenangan liga ke-12 berturut-turut buat Al Hilal, yang kini kukuh di puncak Liga Pro Saudi dengan 41 mata daripada 15 perlawanan.

Al Hilal kini mendahului tujuh mata ke atas pesaing terdekat, Al Nassr, Al Taawoun dan Al Ahli yang masing-masing mengumpul 34 mata. -REUTERS