Liga Europa: Nottingham Forest mara ke 16 terbaik

Para penyokon Nottingham Forest bersorak girang atas kejayaan pasukan / AFP

PARIS, 27 Februari – Nottingham Forest mengekalkan tempat mereka di pusingan 16 terbaik Liga Europa selepas menewaskan Fenerbahce secara agregat 4-2, walaupun tewas 2-1 pada aksi kedua di laman sendiri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nottingham Forest mara ke pusingan 16 Liga Europa selepas agregat 4-2 menentang Fenerbahce.
  • Forest tewas 2-1 di laman sendiri tetapi sudah membawa kelebihan 3-0 dari perlawanan pertama.
  • Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol penting pada minit ke-68 untuk mengesahkan kelolosan.
  • Celtic tersingkir selepas agregat 4-2 kepada Stuttgart walaupun menang 1-0 di perlawanan kedua.

Forest membawa kelebihan 3-0 dari perlawanan pertama di Turki, namun Kerem Akturkoglu menjadikan keputusan lebih sengit dengan dua gol untuk Fenerbahce, termasuk penalti.

Callum Hudson-Odoi kemudian meredakan kebimbangan tuan rumah dengan jaringan pada minit ke-68 untuk memastikan kelab Liga Perdana itu mara ke pusingan 16 yang menyaksikan mereka akan menentang Real Betis atau Midtjylland.

Sementara itu, Celtic tersingkir daripada kejohanan selepas tewas 4-2 secara agregat kepada Stuttgart, meskipun menang 1-0 dalam perlawanan kedua di Jerman.

Luke McCowan membuka jaringan seawal minit pertama, tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung kekurangan tiga gol dari aksi pertama di Glasgow.

Stuttgart mara untuk bertemu Porto atau Braga di pusingan 16. – AFP