Leverkusen sedia cabar Arsenal di Stadium Emirates

Pasukan Bayer Leverkusen menjalani latihan sebelum berdepan Arsenal/ REUTERS

LEVERKUSEN, 16 Mac – Bayer Leverkusen turun menjalani sesi latihan pada Isnin (16 Mac), sehari sebelum aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara Eropah (UEFA) menentang Arsenal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seri 1-1 dalam perlawanan pertama menentang Arsenal.
  • Seri 1-1 juga ketika menentang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich.
  • Arsenal mendahului Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan sembilan mata; Leverkusen di tangga keenam Bundesliga.

Leverkusen mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama Rabu lalu dan turut seri 1-1 ketika menentang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich pada Sabtu (14 Mac).

Mereka dijadual berdepan Arsenal pada Selasa (17 Mac) di Stadium Emirates di London.

Arsenal kini mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan sembilan mata selepas mencatat 21 kemenangan daripada 31 perlawanan, manakala Leverkusen berada di tangga keenam Bundesliga selepas mengharungi 26 perlawanan termasuk 13 kemenangan.- REUTERS