
PAROI, 1 Februari – Kuala Pilah dinobatkan sebagai juara Piala Tuanku 2026 selepas menewaskan Port Dickson menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 pada perlawanan akhir yang berlangsung di di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada Sabtu.
- Kuala Pilah dinobatkan juara Piala Tuanku 2026 selepas menewaskan Port Dickson melalui penalti 6-5.
- Perlawanan berakhir 0-0 selepas masa tambahan sebelum ditentukan melalui sepakan penalti.
- Kuala Pilah menerima piala dan hadiah wang tunai RM10,000 sebagai juara.
- Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz dan hadirkan pegawai negeri serta Menteri Besar.
Pada perlawanan berkenaan, kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa tambahan perlawanan.
Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan keputusan memihak kepada Kuala Pilah 6-5.
Selaku juara, Kuala Pilah membawa pulang piala serta wang tunai RM10,000.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz berkenan hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Hadir sama Yang Teramat Mulia, Tunku Besar Tampin serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Piala Tuanku dianjurkan setiap tahun sempena menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Ia telah dianjurkan bermula tahun 1977 dan melibatkan pasukan-pasukan dari daerah di Negeri Sembilan dengan pasukan Tampin muncul sebagai juara pertama.