
ADELAIDE, 14 Januari – Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Madison Keys meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Adelaide selepas mencatat kemenangan meyakinkan pada pusingan kedua, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Madison Keys meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menang meyakinkan di pusingan kedua.
- Keys bakal berdepan Victoria Mboko dari Kanada dalam aksi lapan terbaik.
- Diana Shnaider juga mara ke suku akhir dan akan bertemu Emma Navarro.
Juara Terbuka Australia 2025 itu menewaskan wakil Republik Czech, Tereza Valentova, dengan keputusan 6-4, 6-1 dan dijadual berdepan pemain Kanada, Victoria Mboko, pada aksi lapan terbaik.
Dalam satu lagi perlawanan, pemain Russia, Diana Shnaider turut melangkah ke suku akhir selepas mengatasi Katerina Siniakova dari Republik Czech 6-1, 2-6, 7-5 dalam perlawanan sengit tiga set.
Shnaider seterusnya akan bertemu pemain AS, Emma Navarro bagi merebut tempat ke separuh akhir kejohanan tersebut. -REUTERS