Kedah FA tundukkan Armed Forces FC 2-1

Foto Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)

ALOR SETAR, 30 Mac – Kedah FA mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Armed Forces FC 2-1 dalam aksi Liga A-One Semi Pro 2025/2026 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedah memimpin menerusi sepakan penalti Nnabuike Chijioke pada minit ke-20.
  • Armed Forces FC menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-34.
  • Rahmat Makasuf menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68; Kedah kekal di tangga ketiga dengan 44 mata.

Pasukan tuan rumah mempamerkan aksi bertenaga sejak awal permainan sebelum mendahului menerusi sepakan penalti Nnabuike Chijioke pada minit ke-20.

Bagaimanapun, Armed Forces FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34, juga melalui sepakan penalti.

Memasuki babak kedua, Kedah FA terus mengasak kubu pelawat sebelum Rahmat Makasuf menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68.

Keputusan itu menyaksikan Kedah FA kekal di tangga ketiga liga dengan 44 mata selepas 22 perlawanan, lima mata di belakang pendahulu, Selangor FC Dua.