KBS rai Jasa Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu

Sesi ‘clock out’ Datuk Dr. Nagulendran Kangayatkarasu. – KBS

PUTRAJAYA, 6 Mac – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu, akan bertukar ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkuat kuasa 9 Mac ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis penghargaan diadakan untuk menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui KBS.
  • Menteri merakamkan penghargaan atas kepimpinan, komitmen dan impak besar dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan.
  • Seluruh warga JBSN mengucapkan terima kasih dan mendoakan beliau terus cemerlang dalam menggalas amanah baharu.

Sempena pertukaran tersebut, satu majlis penghargaan ringkas diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang menerajui kementerian berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, merakamkan penghargaan atas kepimpinan Datuk Dr Nagulendran Kangayatkarasu – KBS

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, merakamkan penghargaan atas kepimpinan, komitmen serta khidmat bakti yang dicurahkan beliau dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Menurutnya, sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha KBS amat dihargai dan meninggalkan impak besar.

Majlis penghargaan dan ucapan selamat bertugas di tempat baharu kepada Datuk Dr. Nagulendran Kangayatkarasu – KBS

Sementara itu, seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di kementerian tersebut.

Beliau didoakan agar terus cemerlang dan dipermudahkan urusan dalam menggalas amanah baharu di MOSTI.

Terdahulu , kerajaan mengumumkan enam perubahan penempatan dan lantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa 9 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perubahan penempatan itu membabitkan empat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian dan masing-masing seorang Ketua Pengarah serta Setiausaha Kerajaan Negeri.