Jepun sasar rekod pingat Olimpik Musim Sejuk 2026

Pandangan udara Stadio Olimpico del Ghiaccio di Cortina d’Ampezzo menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026/Foto REUTERS

MILAN, 2 Februari – Jepun menyasarkan rekod pingat baharu pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milano-Cortina dengan hasrat mengatasi kutipan 18 pingat yang diraih di Beijing empat tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jepun mensasarkan rekod pingat baru pada Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina 2026, berhasrat melebihi 18 pingat Beijing.
  • Keyakinan tinggi berdasarkan prestasi semasa atlet dalam luncur ais berirama, papan salji, luncur laju dan lompat ski.
  • Kontinjen dihantar besar: 120 atlet disokong 161 jurulatih dan pegawai untuk capai prestasi terbaik.
  • Pasukan khas 24 jam ditubuhkan untuk memantau dan tangani gangguan serta fitnah dalam talian terhadap atlet.

Ketua kontinjen Jepun, Hidehito Ito berkata pasukannya optimis berdasarkan prestasi semasa atlet, termasuk dalam acara luncur ais berirama, papan salji, luncur laju dan lompat ski.

Beliau berkata sokongan menyeluruh akan diberikan bagi memastikan atlet dapat beraksi pada tahap terbaik dan seterusnya membantu Jepun memecahkan rekod pingat terdahulu.

Pada Olimpik Musim Sejuk Beijing, Jepun memenangi tiga pingat emas dan meraih pingat dalam tujuh acara berbeza.

Seramai 120 atlet Jepun akan beraksi pada temasya kali ini, dibantu 161 jurulatih dan pegawai.

Dalam perkembangan sama, Jepun turut memberi perhatian serius terhadap isu gangguan dalam talian terhadap atlet.

Ito berkata buat pertama kali, satu pasukan khas ditubuhkan untuk memantau dan menangani gangguan serta fitnah di media sosial sepanjang temasya berlangsung.

Pasukan itu akan beroperasi 24 jam, dengan petugas ditempatkan di Jepun dan Milan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan atlet terpelihara. – REUTERS

Majlis Konvensyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan