
LIVIGNO, 19 Februari – Atlet Jepun, Mari Fukada, merangkul pingat emas acara slopestyle papan salji wanita pada temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026, hari ini.
- Mari Fukada dari Jepun raih emas slopestyle papan salji wanita dengan catatan 87.83 mata.
- Zoi Sadowski-Synnott dari New Zealand bangkit untuk raih perak dengan 87.48 mata.
- Kokomo Murase dari Jepun melengkapkan podium dengan pingat gangsa; ini emas Olimpik pertama Fukada.
Pingat perak menjadi milik wakil New Zealand, Zoi Sadowski-Synnott, manakala gangsa diraih seorang lagi atlet Jepun, Kokomo Murase.
Fukada mempamerkan aksi cemerlang pada larian kedua untuk mengatasi kedudukan tersebut sebelum memperkemas persembahannya dengan catatan 87.83 mata pada percubaan terakhir.
Kejayaan itu menghadiahkan pingat Olimpik pertama buat atlet berusia 19 tahun berkenaan.
Sementara itu, Sadowski-Synnott yang juga juara edisi 2022, hampir terlepas peluang menaiki podium apabila berada di kedudukan keempat sebelum melakukan larian terakhir selaku peserta terakhir acara berkenaan.
Atlet berusia 24 tahun itu bangkit pada pusingan ketiga dengan aksi bertenaga untuk mencatat 87.48 mata sekali gus menghadiahkan pingat perak yang juga pingat Olimpik kelima dalam kariernya.