JDT ‘tundukkan’ Imigresen FC

Foto FB JDT

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah di tangga teratas Liga Super selepas membelasah Imigresen FC, 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • JDT kekal dominan di Liga Super selepas menang besar 5-0 ke atas Imigresen FC di Stadium Sultan Ibrahim.
  • Jaringan dibuka oleh Joao Figueiredo dan berganda Bergson menunjukkan ketajaman serangan JDT.
  • Kemenangan meningkatkan keyakinan pasukan dan menegaskan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad kendalian Xisco Munoz kini sudah mengumpulkan 48 mata selain menghasilkan 73 gol setelah mengharungi 16 perlawanan.

JDT menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menemui jaringan pembukaan pada minit ke-21 menerusi Joao Figueiredo.

Skuad Harimau Selatan kemudiannya memperoleh ‘sagu hati’ apabila pemain pelawat, Vinicius Milani menghasilkan gol sendiri pada minit ke-59.

Asakan demi asakan JDT membolehkan pasukan itu memperoleh jaringan ketiga pada minit ke-61 menerusi Bergson da Silva, sebelum Marcos Guilherme meledak gol keempat pada minit ke-66.

Seakan tidak berpuas hati, Bergson sekali lagi muncul bertenaga untuk menggegarkan gawang Imigresen FC pada lewat permainan untuk melengkapkan jaringan keduanya.

Sekali gus menjadikan keputusan perlawanan 5-0 kekal sehingga wisel penamat.

 

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan