JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN

JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN./ https://johorsoutherntigers.my/

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026 meskipun mengikat wakil kelab dari Vietnam, Nam Dihn FC 1-1 di Stadium Thien Truong malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • JDT seri 1-1 dengan Nam Dinh di Stadium Thien Truong walau bermula garang kedua-dua pasukan.
  • Bergson da Silva menjaringkan penalti pada minit ke-89 untuk menyamakan kedudukan dan pastikan JDT layak.
  • JDT akan bertemu Buriram United di separuh akhir, manakala Selangor menentang Nam Dinh.

Keputusan itu menyaksikan pasukan Harimau Selatan berada pada kedudukan kedua saingan peringkat Kumpulan B dengan 11 mata, manakala Nam Dihn menjuarai kumpulan itu dengan 13 mata.

Dalam perlawaan berkenaan, kedua-dua pasukan bermula dengan garang dalam usaha memburu jaringan pada babak pertama.

Skuad JDT di bawah kendalian Xisco Munoz hampir membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-15 apabila Muhammad Syahmi Safari mengambil sepakan percuma yang diberikan oleh pengadil, namun dinafikan kehebatan penjaga gol Nguyen Manh Tran.

Pasukan tuan rumah berhasil membuka akaun jaringan pada minit ke-33 selepas Nguyen Van Vi merembat masuk bola yang termuntah daripada sepakan penalti rakan sepasukan Caio Cesar.

Bersambung pada babak kedua, Malaysia yang terlepas beberapa percubaan akhirnya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Bergson da Silva pada minit ke-89 dan keputusan kekal 1-1 sehingga wisel penamat.

JDT selaku naib juara Kumpulan B dijadualkan berdepan dengan Buriram United pada Mei ini, manakala Selangor akan menentang Nam Dihn.- BERNAMA

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan