
MOSCOW, 10 Februari- Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk di Itali sedang berusaha untuk mengenal pasti punca kerosakan pada pingat kejohanan itu, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ketua Pegawai Operasi Sukan Milano Cortina, Andrea Francisi pada Isnin.
- Jawatankuasa penganjur menyiasat punca kerosakan pada pingat Sukan Olimpik Musim Sejuk.
- Beberapa atlet mengadu kualiti pingat yang dikatakan mudah rosak.
- Pengurusan menegaskan segala-galanya mesti sempurna semasa penyampaian pingat.
- Ketua Pegawai Operasi Andrea Francisi mengesahkan siasatan dalam taklimat IOC.
Beberapa atlet di Sukan Olimpik berkenaan sebelum ini dilaporkan mengadu mengenai kualiti pingat Olimpik yang dikatakan mudah rosak.
“Kami menyedari situasi berkenaan dan sedang menyiasat puncanya. Segala-galanya harus berada dalam keadaan sempurna apabila pingat dianugerahkan – bagi atlet, ini adalah momen yang paling bermakna,” kata Francisi dalam satu taklimat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Sukan Olimpik Musim Sejuk edisi kali ini sedang berlangsung di Milan dan Cortina d’Ampezzo dari 6 hingga 22 Februari. -BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI