Jannik Sinner mara ke suku akhir di Doha

Jannik Sinner mara ke suku akhir di Doha./REUTERS

DOHA, 19 Februari – Jannik Sinner berjaya mara ke peringkat suku akhir Terbuka Qatar pada Rabu berikutan kemenangan straight set di Doha.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sinner mara ke suku akhir selepas menewaskan Alexei Popyrin 6-3, 7-5.
  • Sinner dijadual berdepan Jakub Mensik, yang mengalahkan Zhizhen Zhang 6-3, 6-2.
  • Perlawanan suku akhir lain termasuk Tsitsipas menentang juara bertahan Andrey Rublev.

Pemain Itali di ranking kedua dunia itu menundukkan pemain Australia, Alexei Popyrin, 6-3, 7-5 dan akan berdepan Jakub Mensik dari Czech selepas pemain itu menewaskan pemain China, Zhizhen Zhang, 6-3, 6-2.

Pemain Greece, Stefanos Tsitsipas pula menewaskan pemain pilihan keempat Daniil Medvedev dari Rusia, 6-3, 6-4.

Di suku akhir, Tsitsipas akan menentang penyandang juara Andrey Rublev dengan pemain Rusia itu mengatasi pemain Hungary Fabian Marozsan 6-2, 6-4.-REUTERS