
KUALA LUMPUR, 29 Mac- Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli berdepan detik sukar apabila terjatuh pada sesi kelayakan pertama sekali gus memaksanya memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) di petak terakhir, pagi esok.
- Hakim gagal mencatat masa terbaik, menduduki tempat ke-25 sesi kelayakan.
- Alvaro Carpe catat masa terpantas, diikuti Casey O'Gorman dan Valentin Perrone.
- Hakim dijangka mampu bangkit selepas prestasi baik di GP Brazil, tamat kesembilan dan kutip tujuh mata.
Insiden itu menyebabkan Hakim gagal mencatat masa terbaik, menduduki tempat ke-25 keseluruhan sesi kelayakan.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu kini perlu bersaing dari barisan paling belakang bagi perlumbaan utama GP AS.
Sesi kelayakan menyaksikan pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe, mencatat masa terpantas 2 minit 12.107 saat untuk meraih petak pertama, diikuti Casey O’Gorman (2:12.519 saat) dan Valentin Perrone (2:12.526 saat).
Meskipun berdepan situasi sukar, Hakim dijangka berupaya mencipta kebangkitan, menyandarkan keyakinan kepada prestasi memberangsangkan pada GP Brazil minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan dan mengutip tujuh mata.