
BRISBANE, 17 Mac – Dua pemain skuad bola sepak wanita Iran yang memilih untuk kekal di Australia selepas memohon suaka, dilaporkan mula menjalani latihan bersama kelab tempatan sebagai langkah awal memulakan kehidupan baharu di negara itu.
- Pasandideh dan Ramezanizadeh antara tujuh anggota delegasi Iran yang diberikan visa kemanusiaan.
- Lima daripada mereka kemudian dilaporkan mengubah keputusan dan kembali ke Iran, menolak tawaran suaka.
- Konflik di Asia Barat menimbulkan kebimbangan keselamatan selepas aksi mereka dalam Piala Asia Wanita di Australia.
Pemain tengah, Fatemeh Pasandideh dan pertahanan, Atefeh Ramezanizadeh, antara tujuh anggota delegasi Iran yang diberikan visa kemanusiaan.
Bagaimanapun, lima daripada mereka kemudiannya dilaporkan mengubah keputusan untuk tidak menerima tawaran suaka tersebut dan memilih kembali ke Iran.
Konflik di Asia Barat menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan selepas mereka beraksi dalam kejohanan Piala Asia Wanita di Australia.
Kelab Brisbane Roar yang berpangkalan di Queensland memaklumkan menerusi media sosial bahawa Pasandideh dan Ramezanizadeh telah menyertai sesi latihan bersama skuad wanita kelab itu pada Isnin.
Perkembangan itu dilihat sebagai langkah awal buat kedua-dua pemain berkenaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu selain meneruskan kerjaya bola sepak mereka di Australia.
Dalam perkembangan sama, rakan sepasukan mereka yang pulang ke tanah air dilaporkan berlepas dari Malaysia selepas dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Isnin.
Mereka dilihat mendaftar masuk bagi penerbangan Oman Air, namun destinasi sebenar kumpulan berkenaan tidak dapat dipastikan. – REUTERS