
KUALA NERUS, 8 April – Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) mengumumkan peletakan jawatan Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan Terengganu FC (TFC) berkuat kuasa 1 April lepas.
- Telah memainkan peranan penting memperkukuh pengurusan dan menyumbang kepada pembangunan keseluruhan TFC sejak mula berkhidmat pada Ogos tahun lepas.
- Segala usaha dan sumbangannya amat dihargai serta sentiasa dikenang oleh warga kelab dan penyokong TFC.
- Kelab mendoakan beliau terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, mengharapkan pengalaman bersama TFC menjadi bekalan berharga.
- Sheikh Farouk menghargai sokongan diberikan dan mendoakan kejayaan berterusan untuk Skuad Penyu.
TFCSB melalui kenyataan memaklumkan, Sheikh Farouk telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan dan menyumbang kepada pembangunan TFC secara keseluruhan sepanjang tempoh perkhidmatannya bermula Ogos tahun lepas.
Kenyataan itu juga memaklumkan segala usaha dan sumbangan Sheikh Farouk amat dihargai serta sentiasa dikenang oleh warga kelab serta penyokong TFC.
“Pihak kelab mendoakan agar beliau terus mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga segala pengalaman yang diperoleh bersama TFC menjadi bekalan berharga untuk beliau terus maju,” jelas kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Sheikh Farouk berkata beliau menghargai sokongan yang diberikan dan mendoakan kejayaan berterusan untuk Skuad Penyu itu. – Bernama