Boca ikat Independiente 1-1

FOTO REUTERS

BUENOS AIRES, 12 April – Boca Juniors dan Independiente terikat 1-1 dalam aksi derbi tumpuan Liga Argentina, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Matías Abaldo menjaringkan gol seawal minit kesembilan untuk Independiente.
  • Milton Gimenez menyamakan menerusi penalti selepas VAR mengesahkan kekasaran Sebastian Valdez ke atas Alan Velasco.
  • Ketua jurulatih Gustavo Quinteros dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan penalti.
  • Boca kekal di tangga ketiga Kumpulan A dengan 21 mata, Independiente naik ke tangga ketujuh dengan 18 mata.

Independiente terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Matías Abaldo membuka jaringan seawal minit kesembilan.

Boca bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Milton Gimenez selepas semakan VAR mengesahkan kekasaran Sebastian Valdez ke atas Alan Velasco.

Ketua jurulatih Independiente, Gustavo Quinteros turut dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan penalti tersebut.

Keputusan itu menyaksikan Boca kekal di tangga ketiga Kumpulan A dengan 21 mata, di belakang Estudiantes dan Velez, manakala Independiente naik ke kedudukan ketujuh dengan 18 mata.

Boca selepas ini dijadual kembali beraksi di La Bombonera pada Selasa untuk menghadapi Barcelona dari Ecuador dalam aksi sulung di laman sendiri bagi saingan Copa Libertadores.-REUTERS