All England: Chun-yi singkir Kunlavut, tempah perlawanan akhir

Bintang perseorangan lelaki Taiwan, Lin Chun-yi / REUTERS

BIRMINGHAM, 8 Mac – Pemain Taiwan, Lin Chun-yi mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan kedua dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam perlawanan tiga set 21-14, 18-21, 21-16 pada separuh akhir kejohanan All England bagi melangkah ke pentas akhir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lakshya Sen, 24, sah ke perlawanan akhir selepas menewaskan Victor Lai 21-16, 18-21, 21-15.
  • Sen bermula baik, tewas set kedua tetapi bangkit pada set ketiga untuk memastikan kemenangan mutlak.
  • Kejutan berlaku apabila juara bertahan Shi Yuqi dan pilihan Denmark Anders Antonsen tersingkir pada pusingan awal.

Kemenangan itu menyaksikan Chun-yi akan berdepan pemain India, Lakshya Sen dalam perlawanan akhir kejohanan berprestij yang berlangsung di sini.

Sen, 24, mengesahkan tempat ke pentas akhir selepas menewaskan wakil Kanada, Victor Lai 21-16, 18-21, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dia bermula dengan baik bermain pada set pertama sebelum tewas pada set kedua.

Pemain India itu bangkit pada set ketiga bagi memastikan kemenangan mutlak.

Edisi tahun ini menyaksikan kejutan pada acara perseorangan lelaki selepas juara bertahan dan pilihan utama dari China, Shi Yuqi tersingkir seawal pusingan pertama.

Pilihan kedua dari Denmark, Anders Antonsen turut mengalami nasib sama apabila tersingkir pada pusingan pembukaan. – REUTERS