All Blacks pilih Rennie ganti Robertson

Rennie menandatangani kontrak bersama New Zealand sehingga tamat Piala Dunia tahun depan./REUTERS

AUCKLAND, 4 Mac – Dave Rennie diumumkan sebagai pengganti Scott Robertson selaku ketua jurulatih All Blacks hari ini dengan tanggungjawab mengemudi New Zealand memburu kejuaraan Piala Dunia keempat di Australia tahun depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dave Rennie diumumkan sebagai ketua jurulatih All Blacks menggantikan Scott Robertson.
  • Rennie, 62, ialah bekas jurulatih Wallabies dan terpilih selepas proses pemilihan menyeluruh.
  • Beliau menandatangani kontrak sehingga tamat Piala Dunia tahun depan.
  • Rennie optimis dan bersemangat untuk membawa New Zealand menjuarai Piala Dunia keempat.

Jurulatih berusia 62 tahun yang juga bekas pengendali skuad Wallabies itu mengetepikan pencabar terdekat, Jamie Joseph, untuk mengisi antara jawatan paling berprestij dalam ragbi dunia selepas melalui proses pemilihan menyeluruh.

Proses pemilihan jawatan itu dilaksana susulan keputusan mengejut Robertson untuk melepaskan jawatan di pertengahan kontraknya pada pertengahan Januari lalu.

Rennie menandatangani kontrak sehingga tamat Piala Dunia tahun depan.

Dalam pada itu, Rennie optimis New Zealand berupaya meraih gelaran Piala Dunia keempat tahun depan.

“Sudah tentu, saya amat berbangga dan berbesar hati seperti yang saya nyatakan.

“Saya sedar sepenuhnya akan jangkaan serta tanggungjawab besar yang hadir bersama jawatan ini namun, saya benar-benar teruja untuk menggalas cabaran tersebut,” katanya. – REUTERS