Al-Qadsiah naik ke tangga keempat Liga Pro Saudi tewaskan Al-Ittihad 2-1

FOTO AlQadsiah Saudi Club

DAMMAM, 23 Januari – Dua gol oleh Julian Quinones memastikan Al-Qadsiah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Al-Ittihad dalam aksi Liga Pro Saudi di Stadium Prince Mohammed bin Fahad, sekali gus ‘menghadiahkan’ kekalahan kedua berturut-turut buat bekas juara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Julian Quinones menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan pada minit ke-59 untuk mengalahkan Al-Ittihad 2-1.
  • Kemenangan menaikkan Al-Qadsiah ke tangga keempat Liga Pro Saudi.
  • Al-Ittihad kekal bergelut di posisi keenam selepas menerima kekalahan kedua berturut-turut.

Kemenangan tersebut melonjakkan Al-Qadsiah ke tangga keempat liga, manakala Al-Ittihad terus bergelut di kedudukan keenam.

Al-Ittihad terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Karim Benzema pada minit kesembilan selepas menyempurnakan sepakan penalti. Keputusan itu dibuat selepas semakan VAR mengesahkan cabaran Gaston Alvarez ke atas Muhannad Al-Shanqeeti layak diberikan sepakan penalti.

Bagaimanapun, Al-Qadsiah pantas menyamakan kedudukan apabila Quinones meledak gol penyamaan tidak lama selepas itu.

Gol kemenangan hadir pada minit ke-59 apabila Mohammed Abou Al-Shamat memanfaatkan kelemahan pasukan pelawat di bahagian sayap kiri sebelum melorongkan hantaran kepada Quinones yang tenang menyudahkan peluang untuk gol keduanya dalam perlawanan itu.

Al-Ittihad gagal mencipta jaringan penyamaan hingga tamat perlawanan dan kekal mengumpul 27 mata, ketinggalan sembilan mata di belakang Al-Qadsiah.

Al-Hilal kekal mendahului carta liga dengan 44 mata.-REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan