ACL: Al-Ittihad jinakkan Al-Gharafa, 7-0

Foto FB Al-Ittihad

JEDDAH, 11 Februari– Al-Ittihad mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas wakil Qatar, Al-Gharafa, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di sini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Al-Ittihad menang besar 7-0 ke atas Al-Gharafa dalam aksi ACL di Jeddah.
  • Houssem Aouar muncul wira dengan hatrik dalam perlawanan itu.
  • Youssef En-Nesyri, Roger Fernandes (dua gol) dan Danilo Pereira turut menjaringkan gol.
  • Al-Ittihad sudah layak ke pusingan seterusnya; Al-Gharafa masih berpeluang mara.

Pemain tengah menyerang, Houssem Aouar, muncul wira perlawanan apabila meledak hatrik, manakala jaringan lain disumbangkan oleh Youssef En-Nesyri, Roger Fernandes yang menjaringkan dua gol, serta Danilo Pereira.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan kelab Liga Pro Saudi berkenaan kini berada di kedudukan kelima Kumpulan B.

Al-Ittihad akan turun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Al-Sadd dengan status layak ke pusingan seterusnya sudah pun disahkan.

Sebaliknya, Al-Gharafa masih perlu berjuang kerana berada dalam kelompok tiga pasukan yang terikat dengan lapan mata dan masih berpeluang mara ke peringkat seterusnya. -REUTERS