AS lancar syiling $1 Trump sempena ulang tahun ke-250

Foto AFP

WASHINGTON, 3 Sept – Duit syiling AS$1 baharu yang menampilkan imej Presiden Donald Trump dilancarkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-250 pembentukan negara tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Reka bentuk hadapan memaparkan perkataan "Liberty", "In God We Trust" dan terapan tahun "1776-2026"; belakang dihiasi helang.
  • Jabatan Perbendaharaan menyatakan syiling dijual melalui U.S. Mint dan dikeluarkan di fasiliti pencetakan Philadelphia.
  • Pelancaran mencetuskan pertikaian undang-undang kerana akta 2020 melarang reka bentuk yang menampilkan individu hidup.
  • Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent mempertahankan keputusan dengan merujuk preseden ulang tahun ke-150 dan imej Calvin Coolidge.

Reka bentuk syiling berkenaan menampilkan perkataan “Liberty,” “In God We Trust” serta terapan tahun “1776-2026” pada bahagian hadapan, manakala bahagian belakangnya dihiasi imej burung helang.

Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, syiling tersebut kini mula dijual menerusi perkhidmatan U.S. Mint dan dikeluarkan secara rasmi di fasiliti pencetakan di Philadelphia.

Bagaimanapun, pelancaran syiling tersebut mencetuskan pertikaian dari sudut undang-undang.

Kongres AS pada tahun 2020 pernah meluluskan akta yang membenarkan Setiausaha Perbendaharaan melarik syiling bernilai $1 bagi memeringati ulang tahun ke-250 negara, namun undang-undang tersebut secara eksplisit melarang sebarang reka bentuk yang menampilkan imej individu yang masih hidup.

Menjawab kritikan berkenaan dalam satu temu bual pada Julai lalu, Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent menjadikan sejarah peringatan ulang tahun ke-150 AS terdahulu sebagai contoh.

Ketika itu, imej Presiden Calvin Coolidge sewaktu beliau masih memegang jawatan.

“Sebab itu kita sebenarnya boleh meletakkan imej individu yang masih hidup pada duit syiling,” tegas Bessent bagi mempertahankannya tindakan berkenaan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.