Melaka tingkat kesiapsiagaan hadapi cuaca panas, bekalan air terkawal

FOTO HIASAN

AYER KEROH, 28 Mac – Kerajaan negeri Melaka mengambil langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan krisis cuaca panas serta gangguan bekalan air.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemantauan rapi paras empangan diteruskan untuk mengesan dan menguruskan bekalan air.
  • Kadar kehilangan air tidak berhasil dikurangkan sekitar 50 peratus melalui kawalan tekanan air pada waktu malam.
  • Sekiranya cuaca panas berterusan, pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa; bekalan air masih terkawal.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pemantauan rapi terhadap paras empangan terus dilaksanakan selain usaha berterusan mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW).

Menurut beliau, setakat ini kerajaan negeri berjaya mengurangkan kadar NRW kepada sekitar 50 peratus melalui langkah mengawal tekanan air terutama pada waktu malam.

“Setakat ini kita telah berjaya mengurangkan kadar NRW dengan mengawal tekanan air pada waktu malam bagi mengelakkan pembaziran.

“Sekiranya cuaca panas berterusan, kerajaan negeri akan membuat pengumuman kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat (MESRA) Peringkat Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Tambah beliau, setakat ini situasi bekalan air di Melaka masih berada dalam keadaan terkawal meskipun negeri itu berdepan cuaca panas ketika ini.