Salji tebal hampir tiga minggu ragut 46 nyawa di Jepun

FOTO REUTERS

TOKYO, 10 Februari – Sekurang-kurangnya 46 orang maut manakala 558 lagi cedera di Jepun susulan salji tebal berterusan hampir tiga minggu, menurut data terbaharu Fire and Disaster Management Agency yang dikeluarkan pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Salji tebal hampir tiga minggu menyebabkan 46 maut dan ratusan cedera di beberapa wilayah Jepun.
  • Kebanyakan kematian akibat runtuhan timbunan salji dari bumbung dan jatuh semasa membersihkan salji.
  • Beberapa kawasan utara, termasuk Aomori, diliputi salji tebal setinggi kira-kira 1.3 meter, mengganggu kehidupan harian dan lalu lintas.

Salji lebat sejak akhir Januari mengganggu kebanyakan urusan harian komuniti di utara negara itu dan mencetuskan kekacauan lalu lintas, khususnya di kawasan pesisir yang menghadap Sea of Japan.

Menurut polis dan pegawai tempatan, kebanyakan kemalangan maut berlaku apabila timbunan salji runtuh dari bumbung rumah atau mangsa terjatuh ketika cuba membersihkan salji.

Di hab wilayah utara Aomori, penduduk terpaksa berdepan lapisan salji setinggi 1.3 meter di atas permukaan tanah, menurut Agensi Meteorologi Jepun.- AFP