Pasaran hartanah Malaysia stabil, tiada petunjuk ‘gelembung’

Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Pasaran hartanah Malaysia terus mencatat pertumbuhan stabil dan sihat tanpa sebarang petunjuk pembentukan ‘gelembung’, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasaran hartanah Malaysia menunjukkan pertumbuhan stabil dan sihat tanpa tanda pembentukan gelembung.
  • Peningkatan jumlah dan nilai transaksi tiga tahun terakhir mencerminkan keyakinan pasaran bukan aktiviti spekulatif.
  • Kadar pemilikan rumah kini 76.5 peratus, lebih tinggi daripada beberapa negara maju menurut DOSM.
  • Kerajaan memfokus meningkatkan pendapatan rakyat sebagai cara tingkat pemilikan rumah, bukan kawalan harga langsung.

Beliau berkata peningkatan berterusan jumlah dan nilai transaksi hartanah sejak tiga tahun kebelakangan ini mencerminkan keyakinan pasaran yang kukuh dan tidak didorong oleh aktiviti spekulatif.

“Malaysia tidak berada dalam situasi gelembung ekonomi (terlalu cepat atau tidak realistik), sebaliknya baru sahaja pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan mencatat pertumbuhan stabil dari tahun ke tahun.

“Pada tahun 2023, jumlah jualan mencecah RM180 bilion, meningkat kepada kira-kira RM232 bilion pada 2024 dan dianggarkan sekitar RM250 bilion pada 2025,” katanya.

Menurut beliau, kadar pemilikan rumah di Malaysia kini berada pada 76.5 peratus berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), mengatasi beberapa negara maju termasuk Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jerman.

Mengulas usaha meningkatkan pemilikan rumah, Nga berkata keutamaan kerajaan adalah meningkatkan tahap pendapatan rakyat kerana kawalan harga secara langsung tidak sesuai dalam pasaran bebas.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog Housing Reform: Increasing Quality Living, Ownership & Regulatory Efficiency di Forum Ekonomi Malaysia (FEM2026) di Kuala Lumpur hari ini.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan