Perlombongan bitcoin haram di Melaka: RM29.63 juta kerugian dicatat pada 2025

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem / Foto BERNAMA

TIANG DUA, 5 Februari – Sebanyak RM29.63 juta kerugian dicatat pada 2025 akibat perlombongan Bitcoin secara haram di Melaka daripada 85 kes berbanding RM10.46 juta kerugian pada 2024.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi TNB bersama Suruhanjaya Tenaga membanteras perlombongan Bitcoin haram di Melaka.
  • Aktiviti haram menyebabkan bil elektrik rumah meningkat secara mendadak.
  • Risiko keselamatan termasuk kebakaran dan gangguan bekalan elektrik kepada kejiranan.
  • Orang ramai diminta lapor aktiviti mencurigakan kepada wakil rakyat, pihak berkuasa atau TNB.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, ia hasil operasi dilaksana Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga.

Kegiatan perlombongan Bitcoin secara haram itu, telah mengakibatkan penggunaan elektrik menyebabkan beberapa buah rumah di kawasan terlibat mengalami kenaikan bil elektrik secara mendadak.

“Jika ternampak sebarang aktiviti yang diluar jangka, agak luar daripada kebiasaan, terutama sekali di perumahan baru itu, bolehlah maklumkan kepada pejabat wakil rakyat di sekitar, selain maklumkan kepada pihak berkuasa dan juga boleh maklumkan terus kepada pihak TNB.

“Perkara ini bukan sahaja mendatangkan masalah pada TNB namun mendatangkan risiko kepada kejiranan dari segi keselamatan kerana apabila kabel terlalu panas ia menjadi punca kebakaran pada premis tersebut dan itu akan melibatkan gangguan bekalan elektrik yang pastinya akan merosakkan juga harta-harta elektrik di rumah itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas operasi serbuan di Tiang Dua, Melaka.

Katanya, orang ramai diminta untuk membuat laporan terus sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan melibatkan perlombongan Bitcoin secara haram.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan