JPS kenal pasti punca banjir kilat di Lahad Datu

Foto Facebook Lahad Datu Info

LAHAD DATU, 5 Februari – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengenal pasti punca kejadian banjir kilat yang menjejaskan beberapa kawasan di sini termasuk pusat bandar.

RINGKASAN BERITA AI
  • JPS akan kenal pasti punca banjir kilat di kawasan yang tidak dikategorikan berisiko.
  • Kawasan yang biasanya berisiko seperti Kampung Sapagaya dan Jalan Tengah Nipah tidak dinaiki air.
  • Beberapa lokasi tidak berisiko mengalami peningkatan paras air secara mendadak.
  • Pusat pemindahan sementara belum dibuka; agensi berkaitan terus memantau keselamatan penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lahad Datu, Mohd Firuz Idzualdin @ Benety Dzul berkata, ia berikutan banjir kilat berlaku di kawasan tidak dikategorikan sebagai kawasan berisiko.

Sebaliknya kawasan sebelum ini dikenal pasti sebagai berisiko banjir seperti Kampung Sapagaya, Jalan Tengah Nipah serta laluan Lahad Datu ke Tungku dilaporkan tidak dinaiki air.

“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah masih memantau kawasan terjejas banjir. Saya juga ingin memaklumkan bahawa kawasan berisiko seperti Kampung Sapagaya, Jalan Tengah Nipah yang sering dilanda banjir serta laluan perhubungan Lahad Datu–Tungku di Warung Bibi ketika ini tidak dinaiki air.

“Namun begitu, terdapat beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dikategorikan sebagai kawasan berisiko mengalami peningkatan paras air secara mendadak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Setakat ini, pusat pemindahan sementara (PPS) masih belum dibuka namun semua agensi berkaitan terus memantau situasi bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan