EU perlu autonomi lebih kukuh susulan tindakan AS

FOTO REUTERS

SLOVAKIA, 5 Februari – Kesatuan Eropah (EU) disaran memperkukuh autonomi dan kedaulatan strategik susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Venezuela serta tekanan berterusan Washington terhadap Greenland.

RINGKASAN BERITA AI
  • EU disaran perkukuh autonomi dan kedaulatan strategik susulan tindakan tentera AS di Venezuela.
  • Tahanan paksa terhadap Presiden Venezuela dicap melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kepercayaan Eropah ke atas AS.
  • Desakan AS menguasai Greenland tingkatkan ketegangan diplomatik dengan Denmark dan kebimbangan negara Eropah.
  • EU digesa buat keputusan lebih berdaulat dalam keselamatan dan perdagangan, menolak pendekatan imperialis AS.

Ahli Parlimen Eropah dari Slovakia, Lubos Blaha berkata, tindakan AS menahan Presiden Venezuela Nicolas Maduro secara paksa sejak 3 Januari lalu jelas mencabul undang-undang antarabangsa dan menghakis kepercayaan negara Eropah terhadap Washington.

Beliau berkata, desakan Presiden AS Donald Trump untuk menguasai Greenland sejak Januari 2025, termasuk pelantikan utusan khas dan kenyataan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, meningkatkan ketegangan diplomatik dengan Denmark serta mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara Eropah.

Dalam temu bual bersama China Central Television (CCTV), Blaha menyifatkan tindakan AS sebagai bersifat imperialis dan menegaskan EU tidak lagi mempunyai pilihan selain membuat keputusan yang lebih berdaulat, termasuk dalam aspek keselamatan dan perdagangan. – REUTERS