Pengiraan defisit fiskal mengikut piawaian antarabangsa

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 FebruariPengiraan defisit fiskal kerajaan tidak wajar dipersoalkan kerana pelaporan yang digunakan adalah diguna pakai berdasarkan piawaian antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengiraan defisit fiskal menggunakan piawaian antarabangsa dan Manual Statistik Kewangan Kerajaan.
  • Pelaporan diterima pakai oleh agensi penarafan kredit dan badan dunia.
  • Penyata Kewangan Kerajaan dianggap memberikan gambaran benar dan saksama oleh Ketua Audit Negara.
  • FRA 2023 memperkukuh pembaharuan fiskal untuk ketelusan, sasaran fiskal dan kemampanan kewangan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kaedah pelaporan defisit itu berlandaskan Manual Statistik Kewangan Kerajaan, yang turut diguna pakai oleh beberapa negara lain, selain diterima pakai oleh agensi penarafan kredit dan badan dunia.

“Ketua Audit Negara juga mengeluarkan pendapat bahawa Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan memberikan gambaran yang benar dan saksama.

“Sistem perakaunan kewangan Kerajaan Persekutuan berdasarkan asas tunai bukanlah suatu yang asing. Amalan kewangan berasaskan tunai menjadi standard di peringkat antarabangsa dan diguna pakai oleh negara maju serta membangun seperti Singapura, India, Jerman, Belanda dan Norway,” ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, pembaharuan fiskal di bawah Kerajaan MADANI diperkukuh melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023.

Ia bertujuan meningkatkan ketelusan fiskal serta menetapkan sasaran fiskal jangka sederhana yang jelas.

Langkah ini dijangka memastikan kemampanan kewangan awam, mengekalkan kestabilan makroekonomi serta memelihara kesejahteraan rakyat.