
ENGLAND, 4 Februari – Pep Guardiola berkata, beliau akan terus menggunakan platform sebagai pengurus Manchester City untuk bersuara bagi mangsa konflik dan keganasan global.
- Pep Guardiola akan terus menggunakan platformnya untuk bersuara bagi mangsa konflik dan keganasan global.
- Beliau menyebut beberapa krisis seperti Palestin, Ukraine, Rusia dan Sudan sebagai kebimbangan utama kemanusiaan.
- Guardiola menekankan tanggungjawab bersama masyarakat untuk bekerjasama memperbaiki keadaan.
- Motivasinya termasuk melindungi masa depan anak-anak dan keluarga serta berusaha menjadikan masyarakat lebih baik.
Guardiola berkata demikian semasa sidang akhbar pra-perlawanan menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga menentang Newcastle United, lima hari selepas beliau menyuarakan sokongan kepada kanak-kanak di wilayah Palestin yang diduduki di konsert amal di Barcelona.
“Tidak pernah, dalam sejarah manusia, kita mempunyai maklumat di depan mata kita yang ditonton dengan lebih jelas daripada sekarang,” kata Guardiola kepada pemberita.
“Kejadian genosid di Palestin, apa yang berlaku di Ukraine, di Rusia, dan apa yang berlaku di seluruh dunia- di Sudan dimana-mana sahaja” katanya, merujuk kepada wilayah Palestin yang diduduki Israel.
Tambahnya lagi ” Apa yag berlaku di depan kita? Apa kita mahu melihatnya?. Ianya masalah kita sebagai manusia. Ia masalah kita.”
Beliau berkata, masyarakat perlu bekerjasama untuk menambah baik keadaan.
“Lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat, Renee Good dan Alex Pretti terbunuh. Beritahu saya bagaimana anda boleh mempertahankannya,” kata Guardiola.
Penembakan maut terhadap dua warga A.S. oleh ejen imigresen persekutuan mencetuskan protes meluas di Amerika Syarikat.
“Apabila saya melihat imej-imej itu, saya menyesal kerana ia menyakitkan. Itulah sebabnya dalam setiap kedudukan saya boleh membantu bersuara untuk menjadi masyarakat yang lebih baik, saya akan cuba dan akan berada di sana. Sepanjang masa. Ia adalah untuk anak-anak saya, keluarga saya, untuk anda.
“Tiada masyarakat yang sempurna, tiada tempat yang sempurna, saya tidak sempurna, kita perlu berusaha untuk menjadi lebih baik.”- REUTERS